Shopping cart

Return and Refund Policy

Syarat Jaminan

1. Wang tidak boleh dikembalikan selepas 24 jam.
2. Sebarang aduan berkaitan lengkungan tilam dalam tempoh 30 hari tidak dikenakan caj.
3. Tilam yang melengkung melebihi 2 inci diberi jaminan servis selama 3 tahun (sekali sahaja). Servis berikut dikenakan caj.
4. Aduan diproses setelah penerimaan salinan daripada pelanggan.

Polisi Pemulangan & Penukaran

Syarikat kami membenarkan pemulangan produk dilakukan hanya apabila produk yang dibeli mengalami sebarang kecacatan semasa pembuatan.

Untuk tujuan pemulangan sebegini, sila hubungi syarikat kami di talian kami di +605-891 5888 atau wakil syarikat yang pernah berurusan dalam masa 7 hari selepas menerima barang tersebut. Produk yang dibeli juga haruslah berada dalam keadaan yang sama semasa ia dihantar lengkap dengan resit asal, aksesori, pembungkusan dan label yang original. Produk yang dipulangkan akan diperiksa dengan teliti untuk mengesahkan kecacatan yang dialami. Kami akan menggantikan produk yang sama sebaik ia disahkan.

Kerosakan Produk

Anda berhak untuk menuntut pengantian atau pembaikan sekiranya produk yang anda beli terdapat kerosakan atau kecacatan pada kualiti.

Bukti Pembelian

Resit atau invois asal pembelian anda adalah bukti pembelian terbaik anda.

Penilaian Produk

Sebaik sahaja kami mengesahkan bukti pembelian, kami akan menilai produk untuk menentukan jenis kerosakan dan bagaimana kami boleh membantu anda : pembaikan atau penukaran.

Ini merupakan penilaian asas oleh Customer Service Centre kami, dimana kami boleh tentukan sama ada:

produk tersebut telah rosak melalui penggunaan yang tidak normal. Apabila produk tersebut dikenal pasti sebagai rosak akibat daripada penggunaan yang tidak normal oleh syarikat kami (kilang atau pengedarnya), ia tidak akan ditukar. Syarikat kami juga mungkin akan mengenakan caj tambahan kepada anda untuk membayar kos yang diperlukan sepanjang proses pembaikan, termasuk kos penghantaran.

Kerosakan Produk atau Kesalahan Penghantaran

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul, kami akan menghantar semula barang yang betul kepada anda secepat mungkin, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di +605-891 5888 (Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi – 6:00 petang, kecuali hari cuti umum).

Kesulitan Operasi

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengendalikan produk anda, kami mengesyorkan agar anda menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian (Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi – 6:00 petang, kecuali cuti umum).

Kami mempunyai beberapa pengalaman dimana pelanggan percaya bahawa produk yang dibeli telah rosak namun sebenarnya ia dapat diselesaikan dengan beberapa ‘troubleshooting’ asas.

Polisi Pemulangan

Tiada bayaran balik atau pemulangan barang yang dibeli melalui pembelian dalam talian. Semua adalah muktamad.

Fame Shopping Mempunyai Kuasa Penuh Untuk:

Menilai dan menganalisa barangan yang dipulangkan sebelum menawarkan pembaikan atau pertukaran. Pembaikan atau penukaran mungkin ditolak selepas penilaian tersebut.

Got Question? Call us

05-891 5888

LOT : 3545 & 17422, KAWASAN PERINDUSTRIAN KAMUNTING,34600 KAMUNTING, PERAK, MALAYSIA

Subscribe To Our Newsletter

Sign-up to get the best deals and more

Up